Saturday, 27 April 2013

Pengenalan Jenis-jenis Rawatan di KB PTR Enterprise

A) Kami menggunakan kaedah Pancaran Tenaga Rohani (PTR) bagi merawat kebanyakan kes bagi pesakit kami. (Keterangan mengenai PTR akan dihuraikan dalam artikel selepas ini)

1) Rawatan Membuang Gangguan Makhluk Halus
Kami menyediakan perkhidmatan untuk membuang saka keturunan, saka amal, sihir, tumpangan sihir/ saka dan lain-lain yang berkaitan. Pada permulaan sesi kami akan 'scan' pesakit untuk melihat punca permasalahan, kemudiannnya kami akan menyarankan agar pesakit melakukan solat sunat taubat, istighfar, pagar rumah, mandi dengan air ais dan meminum air tawar serta minyak zaitun PTR. Kami menggunakan kaedah rawatan jarak jauh bagi merawat pesakit kami. Setiap hari kami akan memantau keadaan pesakit kami dan pesakit boleh menghantar SMS/ menghubungi kami untuk memberitahu keadaan kesihatan. Sebaik sahaja aduan diterima, kami akan terus merawat pesakit. Pantauan akan dibuat selama4 bulan namun kebanyakan pesakit akan sembuh kurang daripada sebulan insyaAllah. 

2) Kaunseling Rumah Tangga & Jodoh
Kami akan mendengar masalah rumah tangga anda dan cuba mengenal pasti masalah yang menjadi punca permasalahan rumah tangga. Permasalahan selalunya berkaitan dengan gangguan seperti disihir dan juga tekanan kerja atau masalah yang berkaitan.
Selain itu,kami juga merawat masalah yang berkaitan dengan jodoh. Kami akan 'scan' kekuatan jodoh dan memberikan nasihat samada sesuai ataupun tidak.

3) Kaunseling Perniagaan/ Bisnes
Kami menyediakan perkhidmatan kaunseling bagi ahli perniagaan yang baru hendak memulakan bisnes dan juga yang bermasalah di dalam urusan pernigaan. Kebiasaanya kami akan melawat tapak projek/ kedai bagi memantau samada terdapat gangguan atau tidak dan seterusnya kami akan 'scan' kekuatan rezki anda. Setelah semua analisis dibuat, kami akan memberikan sedikit nasihat dan meningkatkan kekuatan rezki hingga 100%. Banyak daripada pesakit kami yang telah bangun dan mendapat keuntungan berganda walaupun sebelumnya telah ditipu berjuta ringgit.


B) Rawatan Alternatif


1) Urutan Tradisional & Refleksologi

- Kami menyediakan pakej bagi urutan untuk masalah gangguan, masalah saraf, Pakej Urutan Pengantin, Urutan Bersalin dan masalah lenguh-lenguh badan.
- mengurangkan sakit pinggang dan meningkatkan kelenturan
- membantu ibu mengandung bersalin dengan lebih mudah
- mengurangkan pergantungan pada ubat-ubatan
- meningkatkan imunisasi dengan merangsang sistem pertahanan semulajadi.
- mempersiapkan dan pulih dari latihan yang berat
- memperbaik kulit selaku organ terbesar kita
- meningkatkan fleksibiliti sendi
- mengurangkan kemurungan dan kegelisahan



- Kelebihan Urutan Refleksologi
Membuang toksik - refleksologi tidak boleh mengeluarkan toksik melalui tapak kaki tetapi ianya dapat dikeluarkan melalui sistem perkumuhan dan pembuangan.
-Melancarkan pengaliran darah - urutan refleksologi dapat memperbaiki pengaliran darah dan pesakit akan mengalami kesegaran selepas itu
-Meningkatkan imuniti badan - daya tahan badan manusia dapat ditingkatkan dalam menangani serangan pelbagai penyakit di zaman moden ini.
 -Melawaskan pembuangan air kecil dan besar - masalah kencing tidak lawas dan sembelit dapat dikurangkan dan seterusnya sembuh.

2) Bekam
- Bekam merupakan sunnah Nabi SAW.

-KAJIAN TENTANG BEKAM
Satu kajian dengan melibatkan doktor-doktor berbagai kepakaran telah dilakukan di salah satu hospital terbesar di Syria (Nuruddin Az Zinki), mereka mendapati:
·        Pada pesakit hipertensi, tekanan darah menjadi normal.
·        Pada pesakit hipotensi, tekanan darah menjadi normal.
·        Pada pesakit yang kekurangan hemoglobin, peningkatan jumlah hemoglobin kembali ke jumlahnya yang normal.
·        Peningkatan jumlah trombosit hingga ke paras normal (100%).
·        Penurunan kadar gula kepada paras normal pada pesakit diabetes (92.5%).
·        Jumlah keratinin menurun (78.5%) pada pesakit yang memiliki masalah keratinin tinggi.
·        Penurunan kadar urea dalam darah (80%) pada pesakit yang menghadapi masalah tingginya kadar urea dalam darah.
·        Penurunan kadar SGPT (80%) pada pesakit yang memiliki masalah tingginya SGPT. Ini menjelaskan adanya aktiviti hati.
·        Berlaku penurunan kolestrol dalam darah (83.6%) pada pesakit yang memiliki masalah kadar kolestrol tinggi dalam darah.
·        Penurunan LDH hingga ke paras normal (93.75%) bagi kebanyakan penyakit.
·        Jumlah leukosit pada darah selepas dibekam menjadi sepersepuloh daripada jumlah darah normal.

Para doktor terkejut dengan hasil yang telah ditunjukkan dalam penelitiannya yang unik dan ilmiah mengenai bekam iaitu rahsia disebalik bekam alhijamah.

3) Akupunktur
-  Apa itu Akupunktur?

Akupunktur berasal dari bahasa Latin iaitu Acus (jarum) dan Punggere (cucuk) manakala dalam bahasa Cina ianya disebut Cenciu. Ianya adalah satu ilmu atau seni perubatan yang menggunakan jarum-jarum halus yang dicucuk pada titik tertentu di badan yang lebih dikenali sebagai
 "acupuncture point" atau titik akupunktur.

Tujuan akupunktur
 adalah untuk merangsang tenaga Qi bagi mendapatkan kesembuhan sesuatu penyakit dan meningkatkan kualiti kesihatan. Apabila jarum akupunktur dicucuk maka secara automatiknya saraf di kawasan yang dicucuk terangsang dan menstabilkan pengaliran darah di kawasan tersebut.

Akupunktur telah diamalkan oleh tamadun China sejak 4000 tahun yang lampau. Maka ahli-ahli perubatan memberi penghormatan mereka kepada China walaupun akupunktur telah digunakan oleh masyarakat tamadun lain seperti orang-orang Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno dan India.


Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Cina merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah di dalam perubatan akupunktur. Segala penemuan dan pemerhatian di dalam perawatan dicatit di dalam buku yang diturunkan dari generasi ke generasi sehingga pada hari ini. Malah Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk "Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine" pada tahun 2000 sebelum masihi. Buku yang diterjemahkan masih ada di simpanan seorang penulis di Beijing, China.
Akupunktur dan Perubatan Islam

Ramai yang tidak sedar bahawa akupunktur sebenarnya adalah pecahan daripada bekam yang merupakan peninggalan Rasulullah s.a.w. Setelah sahabat Rasulullah s.a.w. tiba di China dalam memperkembangkan agama Allah maka perawatan bekam juga diperkenalkan di sana. Setelah berkurun lamanya orang China membuat kajian mengenai bekam maka mereka mendapati akupunktur adalah pecahan daripada bekam. 
Tetapi umat Islam perlu pentingkan bekam kerana ianya adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan selain dapat meningkatkan mutu kesihatan umat Islam juga mendapat pahala dan syafaat di padang mahsyar kelak. Insya Allah.

Akupunktur boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak ada pantang berbeza dengan bekam yang mana tidak semua orang boleh dibekam. Sebagai contoh pesakit kencing manis tahap yang serius tidak boleh dibekam kerana dikhuatiri kulitnya lambat sembuh. Boleh juga dibekam pesakit tersebut cuma mereka yang pakar sahaja tahu bagaimana melakukannya.

Kelebihan Akupunktur
·        Merangsang atau mengaktifkan saraf 
·        Menstabilkan pengaliran darah 
·        Menormalkan tekanan darah
·        Merangsang tenaga Chi
·        Mengatasi pelbagai penyakit
·        Tidak menggunakan dadah
·        Tidak ada kesan sampingan
·        Kos efektif (tidak memerlukan belanja yang besar)
·        Mengeluarkan bisa terkena sihir (jika ada)
·        Melegakan kesakitan
·        Mengatasi kemurungan
·        Meningkatkan kecerdasan
·        Mengatasi masalah rabun
Dan banyak lagi

No comments: