Thursday, 16 May 2013


PRODUK SUNNAH DI KB PTR ENTERPRISE 

PRODUK INI TELAH DISERAP DENGAN KEKUATAN DOA YANG CUKUP TINGGI BAGI MEMBERIKAN KUASA PENYEMBUHAN 100%


Minyak Zaitun PTR (RM30)

Habbatus Sauda' (RM35:70 kapsul, RM50;90 kapsul)

Air Zam-zam (RM30: 1500ml, RM8: 250ml )


Semburan Resdung (RM12)


Madu Bertenaga Tinggi (RM40)

Minyak Zaitun (RM40)

Jus beralkali (RM59) 


Saturday, 27 April 2013

APAKAH kaedah yg TERBAIK bagi 

merawat Gangguan Makhluk Halus???

Kaedah DOA terus kpd Allah adalah yg trbaik. Kami menggunakan kaedah doa bertenaga tinggi iaitu PTR. PTR ialah Pancaran Tenaga Rohani. Ianya merupakan 1 kaedah LATIHAN ROHANI, menyebabkan ilmu KHASYAF dibuka oleh Allah di mana segala jenis gangguan & penyakit boleh dikenal pasti melalui kaedah scan melalui kekuatan doa.

Kami menggunakan kaedah PTR bagi membuang gangguan makhluk halus secara jauh. Rawatan dari jarak dekat adalah sangat berisiko tinggi kerana tenaga yg digunakan cukup tinggi bagi membuang gangguan makhluk halus.Pesakit yg dirawat dengan jarak dekat adalah berisiko untuk pengsan/ kehilangan nyawa. Kelebihan rawatan kami ialah pesakit tidak perlu brsusah payah menyediakan bahan2 seperti daun bidara & sebagainya serta tiada kesan cedera pada badan seperti kaedah2 rawatan mmbuang gangguan yg lain. Hanya telefon, berikan nama & tarikh lahir serta ceritakan masalah anda kepada kami. Kami akan pantau selama 4 bulan keadaan anda. Anda boleh meseg/ telefon kami pada bila2 masa anda sakit. Kami menggunakan kaedah DOA DIRECT KEPADA ALLAH, tiada risiko untuk syirik kepada Allah. 


Terdapat risiko untuk mensyirikkan Allah jika menggunakan kaedah ayat Al-Quran kerana hingga ke suatu tahap, kita akan menganggap ayat itulah yg menyembuhkan. Contoh," ayat Kursi boleh menghancurkan semua jenis gangguan-SALAH KERANA MENSYIRIKKAN ALLAH." Sebenarnya Allah yang MENYEMBUHKAN kita dari segala penyakit. Alhamdulillah Allah telah menunjukkan kaedah yg trbaik bagi kami merawat pesakit kami. Selama 4 tahun beroperasi, seramai 544 orang pesakit yang telah kami rawat...

>Us. Lokman Mohamed Al-Hafiz>


Pengenalan Jenis-jenis Rawatan di KB PTR Enterprise

A) Kami menggunakan kaedah Pancaran Tenaga Rohani (PTR) bagi merawat kebanyakan kes bagi pesakit kami. (Keterangan mengenai PTR akan dihuraikan dalam artikel selepas ini)

1) Rawatan Membuang Gangguan Makhluk Halus
Kami menyediakan perkhidmatan untuk membuang saka keturunan, saka amal, sihir, tumpangan sihir/ saka dan lain-lain yang berkaitan. Pada permulaan sesi kami akan 'scan' pesakit untuk melihat punca permasalahan, kemudiannnya kami akan menyarankan agar pesakit melakukan solat sunat taubat, istighfar, pagar rumah, mandi dengan air ais dan meminum air tawar serta minyak zaitun PTR. Kami menggunakan kaedah rawatan jarak jauh bagi merawat pesakit kami. Setiap hari kami akan memantau keadaan pesakit kami dan pesakit boleh menghantar SMS/ menghubungi kami untuk memberitahu keadaan kesihatan. Sebaik sahaja aduan diterima, kami akan terus merawat pesakit. Pantauan akan dibuat selama4 bulan namun kebanyakan pesakit akan sembuh kurang daripada sebulan insyaAllah. 

2) Kaunseling Rumah Tangga & Jodoh
Kami akan mendengar masalah rumah tangga anda dan cuba mengenal pasti masalah yang menjadi punca permasalahan rumah tangga. Permasalahan selalunya berkaitan dengan gangguan seperti disihir dan juga tekanan kerja atau masalah yang berkaitan.
Selain itu,kami juga merawat masalah yang berkaitan dengan jodoh. Kami akan 'scan' kekuatan jodoh dan memberikan nasihat samada sesuai ataupun tidak.

3) Kaunseling Perniagaan/ Bisnes
Kami menyediakan perkhidmatan kaunseling bagi ahli perniagaan yang baru hendak memulakan bisnes dan juga yang bermasalah di dalam urusan pernigaan. Kebiasaanya kami akan melawat tapak projek/ kedai bagi memantau samada terdapat gangguan atau tidak dan seterusnya kami akan 'scan' kekuatan rezki anda. Setelah semua analisis dibuat, kami akan memberikan sedikit nasihat dan meningkatkan kekuatan rezki hingga 100%. Banyak daripada pesakit kami yang telah bangun dan mendapat keuntungan berganda walaupun sebelumnya telah ditipu berjuta ringgit.


B) Rawatan Alternatif


1) Urutan Tradisional & Refleksologi

- Kami menyediakan pakej bagi urutan untuk masalah gangguan, masalah saraf, Pakej Urutan Pengantin, Urutan Bersalin dan masalah lenguh-lenguh badan.
- mengurangkan sakit pinggang dan meningkatkan kelenturan
- membantu ibu mengandung bersalin dengan lebih mudah
- mengurangkan pergantungan pada ubat-ubatan
- meningkatkan imunisasi dengan merangsang sistem pertahanan semulajadi.
- mempersiapkan dan pulih dari latihan yang berat
- memperbaik kulit selaku organ terbesar kita
- meningkatkan fleksibiliti sendi
- mengurangkan kemurungan dan kegelisahan



- Kelebihan Urutan Refleksologi
Membuang toksik - refleksologi tidak boleh mengeluarkan toksik melalui tapak kaki tetapi ianya dapat dikeluarkan melalui sistem perkumuhan dan pembuangan.
-Melancarkan pengaliran darah - urutan refleksologi dapat memperbaiki pengaliran darah dan pesakit akan mengalami kesegaran selepas itu
-Meningkatkan imuniti badan - daya tahan badan manusia dapat ditingkatkan dalam menangani serangan pelbagai penyakit di zaman moden ini.
 -Melawaskan pembuangan air kecil dan besar - masalah kencing tidak lawas dan sembelit dapat dikurangkan dan seterusnya sembuh.

2) Bekam
- Bekam merupakan sunnah Nabi SAW.

-KAJIAN TENTANG BEKAM
Satu kajian dengan melibatkan doktor-doktor berbagai kepakaran telah dilakukan di salah satu hospital terbesar di Syria (Nuruddin Az Zinki), mereka mendapati:
·        Pada pesakit hipertensi, tekanan darah menjadi normal.
·        Pada pesakit hipotensi, tekanan darah menjadi normal.
·        Pada pesakit yang kekurangan hemoglobin, peningkatan jumlah hemoglobin kembali ke jumlahnya yang normal.
·        Peningkatan jumlah trombosit hingga ke paras normal (100%).
·        Penurunan kadar gula kepada paras normal pada pesakit diabetes (92.5%).
·        Jumlah keratinin menurun (78.5%) pada pesakit yang memiliki masalah keratinin tinggi.
·        Penurunan kadar urea dalam darah (80%) pada pesakit yang menghadapi masalah tingginya kadar urea dalam darah.
·        Penurunan kadar SGPT (80%) pada pesakit yang memiliki masalah tingginya SGPT. Ini menjelaskan adanya aktiviti hati.
·        Berlaku penurunan kolestrol dalam darah (83.6%) pada pesakit yang memiliki masalah kadar kolestrol tinggi dalam darah.
·        Penurunan LDH hingga ke paras normal (93.75%) bagi kebanyakan penyakit.
·        Jumlah leukosit pada darah selepas dibekam menjadi sepersepuloh daripada jumlah darah normal.

Para doktor terkejut dengan hasil yang telah ditunjukkan dalam penelitiannya yang unik dan ilmiah mengenai bekam iaitu rahsia disebalik bekam alhijamah.

3) Akupunktur
-  Apa itu Akupunktur?

Akupunktur berasal dari bahasa Latin iaitu Acus (jarum) dan Punggere (cucuk) manakala dalam bahasa Cina ianya disebut Cenciu. Ianya adalah satu ilmu atau seni perubatan yang menggunakan jarum-jarum halus yang dicucuk pada titik tertentu di badan yang lebih dikenali sebagai
 "acupuncture point" atau titik akupunktur.

Tujuan akupunktur
 adalah untuk merangsang tenaga Qi bagi mendapatkan kesembuhan sesuatu penyakit dan meningkatkan kualiti kesihatan. Apabila jarum akupunktur dicucuk maka secara automatiknya saraf di kawasan yang dicucuk terangsang dan menstabilkan pengaliran darah di kawasan tersebut.

Akupunktur telah diamalkan oleh tamadun China sejak 4000 tahun yang lampau. Maka ahli-ahli perubatan memberi penghormatan mereka kepada China walaupun akupunktur telah digunakan oleh masyarakat tamadun lain seperti orang-orang Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno dan India.


Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Cina merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah di dalam perubatan akupunktur. Segala penemuan dan pemerhatian di dalam perawatan dicatit di dalam buku yang diturunkan dari generasi ke generasi sehingga pada hari ini. Malah Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk "Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine" pada tahun 2000 sebelum masihi. Buku yang diterjemahkan masih ada di simpanan seorang penulis di Beijing, China.
Akupunktur dan Perubatan Islam

Ramai yang tidak sedar bahawa akupunktur sebenarnya adalah pecahan daripada bekam yang merupakan peninggalan Rasulullah s.a.w. Setelah sahabat Rasulullah s.a.w. tiba di China dalam memperkembangkan agama Allah maka perawatan bekam juga diperkenalkan di sana. Setelah berkurun lamanya orang China membuat kajian mengenai bekam maka mereka mendapati akupunktur adalah pecahan daripada bekam. 
Tetapi umat Islam perlu pentingkan bekam kerana ianya adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan selain dapat meningkatkan mutu kesihatan umat Islam juga mendapat pahala dan syafaat di padang mahsyar kelak. Insya Allah.

Akupunktur boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak ada pantang berbeza dengan bekam yang mana tidak semua orang boleh dibekam. Sebagai contoh pesakit kencing manis tahap yang serius tidak boleh dibekam kerana dikhuatiri kulitnya lambat sembuh. Boleh juga dibekam pesakit tersebut cuma mereka yang pakar sahaja tahu bagaimana melakukannya.

Kelebihan Akupunktur
·        Merangsang atau mengaktifkan saraf 
·        Menstabilkan pengaliran darah 
·        Menormalkan tekanan darah
·        Merangsang tenaga Chi
·        Mengatasi pelbagai penyakit
·        Tidak menggunakan dadah
·        Tidak ada kesan sampingan
·        Kos efektif (tidak memerlukan belanja yang besar)
·        Mengeluarkan bisa terkena sihir (jika ada)
·        Melegakan kesakitan
·        Mengatasi kemurungan
·        Meningkatkan kecerdasan
·        Mengatasi masalah rabun
Dan banyak lagi

Latar Belakang Pendidikan Ustaz Lokman Mohamed


PENDIDIKAN AGAMA
2002-2004: MADRASAH ATTARBIAH FELDA KEMAHANG 1
                     Hafaz Al-Quran serta mempelajari Kitab Asas
2005-2008: MADRASATUL QURAN KUBANG BUJUK TERENGGANU
                   (Pakar Quran: Syahadah)
2008-2009: Mempelajari Kitab-kitab agama

PENDIDIKAN PERAWATAN

1)      RAWATAN MAKHLUK HALUS
-Menggunakan Kaedah Pancaran Tenaga Rohani (PTR)
- Berguru daripada Ustaz Shuhaimi <2004 hingga sekarang>

2)      URUTAN
- Guru Pertama: Ramli Abdullah. Urut Saraf untuk gangguan. Belajar mengurut untuk lelaki dan wanita. Dapat ijazah mengajar urut pada usia 20 tahun. <2008>
- Guru Kedua: Wan Hasan, merupakan guru bahagian otot (muscle). <2009-2010>
- Guru Ketiga: Abdullah Ramli, merupakan guru urut point (6 bulan).
Dan beberapa orang lagi guru beliau.

3) BEKAM
 - Menghadiri kursus kendalian HPA

Sunday, 21 October 2012

Hubungi Kami Untuk Rawatan Perubatan Islam Jarak Jauh (Calling2 ajerr :-) )


Apakah Rawatan Saraf Gabungan Kaedah

DISINI BERMULA KISAH RSGK
( Rawatan Saraf Gabungan Kaedah )

Kerana desakan minat yang tinggi dalam rawatan alternatif Islam dan rawatan saraf, saya terus mengkaji & mencari kelemahan Rawatan.... Sebab bagi saya.. Islam itu hebat... Tapi kenapa seolah-olah masing ade jurang diantara rawatan saraf islam dan rawatan tradisional melayu.. rawatan tradisional cina... rawatan tradisional thailand.. dan rawatan2 lain..... bila sebut sesuatu penyakit yang hospital sahkan tidak boleh sembuh... kita soalah2 buntu dan seolah2 hilang tempat pegangan sebagai seorang Islam... seolah sudah tiada lagi ikhtiar yang masih ada.... Sedangkan Nabi kita pun setiap penyakit ada ubat kecuali mati...

Ramai umat Islam sekarang telah lupa bahawa Kekuatan yang orang orang dahulu... kita telah lupa bahawa macam mane orang dahulu hebat.. sedangkan orang dahulu tiada alatan canggih... tiada senjata canggih.. tiada alatan rawatan yang canggih.. tiada hospital.... tapi kenapa..orang dahulu hebat hebat???? tidak lain tidak bukan.. ialah kekuatan doa....وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَMaksudnya: dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong daripada beribadat (berdoa) kepadaKu, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina.” [Ghafir: 40]. tapi sejauh manekah kita masih percaya tentang kekuatan doa....?? orang dahulu bila doa tidak dimakbulkan.. adalah satu perkara pelek... zaman sahabat nabi dengan doa dan solat leh hidupkan keldai yang mati.... leh suburkan tanah yang kontang....setelah saya amati.. dan teliti dengan ilmu ku yang cetek ini.... 4 perkara yang patut ada WAKTU berdoa... PERTAMA: sebab berdoa.....ramai oang berdoa... tapi tidak tahu sebab berdoa... bila ditanya kenapa kamu berdoa?? dijawabnya... dah kami berkehendak... diorang telah lupa.. bahawa itu sebenarnya perintah Allah.. sepatut nya saya dan kita semua sepatutnya doa adalah perintah Allah....وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." perkataan "ادْعُونِي" tu sendiri menunjukkan feel amr...( atau dengan kate lainnya... ia adalah satu perintah dari Allah) seorang hamba bila diperintahkan sewajibnya... menjalankan tugas dengan sepenuh hati... tanpa mengharapkan balasan dari tuannya...

KEDUA;...... YAKIN dengan janji Allah..... أَسْتَجِبْ لَكُمْnescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu"biasa kiata suka bedoa.. tapi tidak ramai yang yakin pada doa dia... dia berdoa.. tapi dalam masa yang sama dia masih lagi bertanya... adakah Doa ku akan dimakbulkan??....sedangkan perkataan . أَسْتَجِبْ لَكُمْnescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu"sudah trjawab persoalan dia....dengan kata lain sepasti pastinya ALLAH perkenankan.... umpama seorang penjual air minum tepi jalan.... datanglah seorang hamba Allah yang datang dengan mercedes..mintak beli air 1... belum sempat hamba Allah nie bayar seorang penjual nie terus bertanya... " eh ko ade duit x nak bayar air aku yang harga rm1?" cuba anda fikirkan.. ape perasaan seorang pembeli tadi? begitu juga kita dengan Allah... kita berdoa... tapi mase yang sama kita boleh bertanya... agak agak boleh ke apa yang aku mintak nie?" Sedangkan khazanah Allah tidak pernah kurang walaupon dia telah memperkenankan semua hajat makhluknya atas muka bumi ini...

Apa itu PTR??? Siapa Pengasas KB PTR Ent. ?

KENAL KENAL DULU....;-)

ASSalaaamualaikum....???
DENGAN lafaz bismillahirrahmaanirrahim... Sebagai pemula bicara, perkenalkan diri ambo Lokman Mohamed... Ore dok panggil Ustaz Lokman. Kerja sebagai guru Al-quran & guru RSGK atau dengan nama lainnya Rawatan Saraf Gabungan Kaedah.

SEJARAH DIRI MEMINATI PERAWATAN ALTERNATIF ISLAM
Saya meminati bidang perawatan seawal umur 6 tahun lagi ketika ibuku sakit tenat disebabkan serangan barah telinga. dia meninggl seawal umur 34tahun.. umur saya pada waktu itu... akhir 5 tahun.... selepas kematian ibu.. saya dijaga oleh nenek... nenek bekerja sebagai bidan kampung... dan tukang urut profesional.. di kampung pak mali pasir puteh kelantan... saya sentiasa dibawa nenek kemana dia pergi... lama kelamaan.. minat sebagai tukang urut telah timbul dalam diri ku.... 
Dengan berbekal sedikit minat yang ade... waktu tu.. saya terus mencuba meniru gaya urutan dari nenek.... betis mak sedara la jadi mangsa.. sebab waktu tu.. dia je yang sedia menjadi tempat untuk ku berlatih.... saya bersekolah agama...(sekolah arab) sehingga umurku 14 tahun.....selepas itu saya menyambung pelajaran dalam bidang tahfiz alQuran....di maahad tahfiz attarbiah di Felda Kemahang 1 sewaktu dalam belajar HAFIZ... Minatku dalam rawatan saraf nie.. masih lagi membuak2... tetapi tiada guru yang sesuai untuk ku belajar... minat ku terus dilatih... dengan menolong pak cik2 yang datang sembahyang kt maahad kami.... saya disitu... 2 tahun.. selepas tamat disitu.. saya terus menyambung belajar... di MADRATUL QURAN KUBANG BUJUK.. diwaktu tahajjud ku... sentiasa dalam doa ku supaya Allah mengurniakan guru urut .....sebelum masuk di MADRATUL QURAN KUBANG BUJUK kami diwajibkan untuk keluar dakwah tabligh....... Allah maha pemberi... setelah 3 tahun aku berdoa... Allah kurniakan guru yang sangat sesuai untuk mengajar ku ilmu yang ku idam selama nie...waktu tu...dalam lepas asar... dalam bayan taaruf... dekat terengganu.. dekat masjid kerteh 4.... aku tgk sorang pakcik nie... cam sakit jd gatl la tangan ku nak urut... aku urut la sorang pakcik nie... nama dia tok der lee... tengah2 urut tu.. lpas bayan.. ade orang masjid tegur... EMMM MOLEP LA BOMOH URUT BOMOH... dalam hati punya la terkejut.. trus terdetik... alangkah beknye kalo dia guru ku...dia mintak aku urut dia 3x... nak tak nak... kena wat... jugak,.... selepas tu dia telah mengofer untuk jadi guru urut tradisional...selapas balik keluar tabligh...40hari... dia datang kat sekolahku 2 miggu sekali... aku belajar... urut selama 2 tahun,... alhamdulillah.. dapat kuasai seluruh ilmu yang dia ajar....mendapat kepujian dalam urut tradisional.. dia bagitahu... biasa tok der ajar orang len 10 tahun baru dapat kuasai.. tapi untuk 'me' ( nama timangan )2 tahun jah..waktu tu umor ku 20tahun... tu waktu dalam rawatan urut tradisional... aku rasa masih kosng... sebab... kalo urut orang yang aDE gangguan saka atau sihir.. badan ku akan akan menanggung sakit seperti pesakit yang aku rawat.... Alhamdulillah... Allah... temukan aku pulak.. dengar perawat khas untuk sihir saka dan sakit jasad... ustaz suhaimi... perawat.. PANCARAN TENAGA ROHANI... dan selepas tu... belajar sedikit lagi dalam ilmu bekam.... memandangkan tak semua sakit buleh dirawat dengan urut...... to be continue.... pasni nok citer guane tertubuhnya RSGK....